Malam 16hb September Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu kejutan yang besar dalam ucapannya sempena menyambut Hari Malaysia pada keesokan harinya. Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA yang telah diperkenalkan pada tahun 1960 akan dimansuhkan. Akta yang memberikan kuasa mutlak kepada Kerajaan Memerintah menerusi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian di dalamnya selama 60 hari tanpa perbicaraan sudah tiada lagi...
Walaupun Akta ini pada dasarnya mempunyai tujuan yang murni iaitu untuk menentang perbuatan subversif dan tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara sepertimana Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan namun dari segi sejarahnya menunjukkan kebanyakan yang ditahan menerusi akta ini merupakan aktivis pembangkang dan pro pembangkang. Ada juga yang ditahan selain dari aktivis tersebut merupakan pengganas dan agen-agen perisik yang benar-benar mengancam keselamatan negara seperti JI Militan, Militan selatan thai, pasukan pemalsuan dokumen pengenalan dan wang syiling dsb.
Akta ini yang sering dikritik sebagai akta yang tidak bersesuaian dengan Hak Asasi Manusia dimana seseorang yang ditahan tidak dapat membela diri dan pendiriannya..Kerajaan memerintah sering dikritik pembangkang kerana menggunakan kuasa vetonya untuk menahan sesiapa sahaja yang difikirkan tidak sehaluan dengan mencari alasan penahanan tersebut perlu dibuat bagi mengelakkan keselamatan dan keamanan negara terganggu.
Walaupun pelbagai tohmahan dan kritikan terhadap ISA ini sering dilontarkan oleh pelbagai pihak...Namun jika dikaji dan diteliti secara mendalam Akta ini memang wajar seperti yang diperkenalkan pada tahun 1960. Ianya amat perlu dengan keadaan negara pada ketika itu dan sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum dan mengamalkan pelbagai fahaman agama..
Akan tetapi sekarang sudah lebih setengah abad negara kita mencapai kemerdekaan..Dari sebuah negara miskin kita sudah berkembang pesat sebagai sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara pesat membangun. KL, Putrajaya, Penang, JB dan banyak lagi bandar-bandar di negara sudah setaraf dengan bandar-bandar di negara-negara maju..Rakyat di negara-negara lain memandang negara sebagai sebuah negara yang gah berdasarkan KLCC kita, Sepang, Putrajaya, KL, Petronas dan banyak lagi..Mentaliti rakyat telah banyak berubah jika dibandingkan 50 tahun sebelum..
Namun begitu adakah mentaliti rakyat secara majoritinya sudah benar-benar matang selari dengan fasiliti worldclass yang kita miliki? Adakah rakyat kita yang berbilang kaum dan agama sudah benar-benar 1 Malaysia sepertimana slogan kerajaan...? Adakah Akta ini secara 100 peratusnya sudah tidak relevan lagi dengan zaman sekarang? Adakah negara kita sudah boleh hidup selamat, aman dan sejahtera tanpa akta ini?
Mungkin ya ataupun tidak..setiap keputusan pasti ada pro dan cons nya...Namun saya berharap akta baru yang bakal diperkenalkan nnti menggantikan akta ISA akan lebih baik dan selari dengan hak asasi manusia, sesuai dengan peredaran zaman dan juga sesuai dengan sosioekonomi dan latarbelakang rakyat malaysia bagi menjamin kesejahteraan, keamanan dan keselamatan negara kita yang kita cintai...
salam,
ReplyDeleteKeputusan ini bagi saya adalah satu keputusan yg besar telah diambil oleh PM. Baik atau tidaknya kita akan alami bersama.
Dalam ini juga dapat dilihat bahawa satu transformasi undang2 akan dilakukan oleh pimpinan. Undang2 seperti Isa dan lainnya dikatakan akan berpindak kepada kuasa judiciary. Iaitu melalui proses mahkamah. Persoalannya adalah dari segi praktikaliti. Adakah ianya akan menjadi seperti di Thailand? Adakah proses mahkmah seperti itu akan forsake certain specic seperti speedity of action?
Ianya ada pro and cons. Sebenarnya bagi saya adakah kerajaan mampu untuk menangani atau mengurus transformasi sebegini tanpa diambil kesempatan oleh anasir ancaman keselamatan negara.